Page 51 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 51

Senarai tugas Pengurusan Panitia :
               Memperoleh dokumen Kurikulum terkini
               Menyelaras penyediaan RPT dan RPH
               Menyelaras pentaksiran sekolah
               Menyelaras pentaksiran bilik darjah
               Menganalisis data dan maklumat pentaksiran
               Mengambil tindakan susulan
               Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemas kini fail panitia mata pelajaran
               Memastikan salinan minit mesyuarat panitia dihantar kepada pihak pentadbir sekolah
               Bertanggungjawab untuk pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan
               Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitia
               Membantu dalam membuat pemilihan jenis buku dan bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah
               Menentukan penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah-kaedah pembelajaran terkini
               Menyelaraskan penyediaan JSU, soalan peperiksaan / ujian, skema dan pemeriksaan kertas jawapan
               Menyemak dan mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dicetak
               Membuat analisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan untuk tindakan susulan
               Menyediakan koleksi soalan untuk rujukan
               Melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah
               Memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada guru mengikut keperluan
               Bertanggungjawab untuk menyediakan murid ke pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian
                Pendidikan dan lain-lain
               Menyelaras aktiviti persatuan akademik
               Menyediakan data / maklumat tentang mata pelajaran yang berkenaan dan dipamerkan
               Menyimpan salinan jadual waktu peribadi guru
               Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan PdPc
               Bertanggungjawab untuk meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian murid dalam peperiksaan
                dalaman dan peperiksaan pusat.
               Mengemas kini buku stok panitia
               Penyelenggaraan bahan bantu mengajar agar mudah diakses
               Menyedia dan menyimpan dokumentasi program




              Senarai tugas SU Peperiksaan :
               Merancang jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah
               Menyelaras peperiksaan dan pentaksiran
               Melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran
               Menguruskan pentadbiran peperiksaan awam
               Menganalisis data / maklumat peperiksaan dua (2) minggu setelah tamat peperiksaan
               Menghadiri taklimat peperiksaan oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan
               Mengedar, mengumpul, menyemak borang kemasukan peperiksaan UPSR / PT3 / SPM / STPM dengan
                kerjasama guru tingkatan
               Membuat pendaftaran kemasukkan calon peperiksaan awam
               Menyediakan Headcount untuk rujukan akademik sekolah
               Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengambil tindakan susulan / intervensi





             3.5 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
                  (Lampiran)



                        Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2021                                                   37
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56