Page 80 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 80
JAWATANKUASA 3K
JAWATAN NAMA HURAIAN TUGAS
PN. HJH KHALIJAH BINTI MOHAMED
Setiausaha Memastikan persekitaran sekolah
YUSOF
yang selamat, bersih, indah dan
Kebersihan dan Keceriaan PN. ROSITA BINTI SAID kondusif serta kesihatan yang
baik dapat dinikmati oleh semua
Keselamatan EN AHMAD SUHAIMI BIN KASIM
warga sekolah.
Kesihatan PN. NUR AISYAH BINTI MOHD SALLEH
Senarai tugas Keselamatan Murid:
Menyebar luas peraturan dan prosedur dan operasi standard keselamatan
Menguatkuasakan peraturan serta prosedur dan operasi standard keselamatan
Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti; lalu lintas, bangunan dan perabot, makmal,
bengkel, bilik ERT dan lain-lain
Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis / bomba / JKR
Menggalakkan skim perlindungan diri kepada murid
Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi
Mengadakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
Memastikan sistem lalu lintas dan kawasan yang berhampiran selamat
Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah
Melaksanakan program pencegahan dan kesedaran keselamatan
Mengisi data penarafan keselamatan sekolah (SPKS)
Senarai tugas Kesihatan Murid:
Menyelaras pemeriksaan kesihatan / rawatan / imunisasi
Merancang program pencegahan dan kesedaran kesihatan
Melaksanakan program pencegahan dan kesedaran kesihatan
Memastikan kawasan sekolah bebas daripada denggi; membuang bekas yang boleh menakung air dan
meletakkan ‘abate’ ke dalam air yang bertakung
Mewujudkan persekitaran yang bermaklumat tentang kesihatan
Menyediakan laporan denggi, keselamatan dan sebagainya mengikut arahan
Menguruskan dan memastikan bilik rawatan bersih dan kemas
Menyediakan dan melengkapkan peti bantu mula
Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan murid dengan kerjasama guru kelas
Bertanggungjawab untuk menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh pihak kesihatan
Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain
Senarai tugas Bantuan Pelajaran :
Mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan oleh murid
Mendapatkan senarai murid miskin yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan
dengan kerjasama guru-guru kelas dan JKKK
Merekodkan maklumat murid yang menerima bantuan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh PGB
Memantau prestasi murid yang menerima bantuan
Mengurus dan memantau hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti murid
miskin, kemalangan, rawatan berterusan, kematian dan bencana alam
Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap
kebajikan
Menguruskan aplikasi sistem pengurusan bantuan
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2021 64

