Page 3 - Pelancaran Jom ke Sekolah
P. 3
Pengenalan
Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Perasmian Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri
Melaka Tahun 2019 dan Pelancaran Kempen #sayangidiriku adalah merupakan program
kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
Objektif
i) Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan
pihak PPS.
ii) Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di
dalam atau di luar sekolah.
iii) Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan
memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga
sekolah dan ibu bapa.

