Page 103 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 103
Membaca
Baca petikan di bawah, kemudian berikan maksud rangkai kata.
Catatan Hana
Selepas pulang dari Melaka, Hana telah menulis pengalamannya dalam
buku catatan.
5
Sehari di negeri Melaka memang tidak cukup. Pengalaman yang diperoleh amat
menyeronokkan aku. Sesiapa pun yang datang ke Kota Melaka pasti akan tertarik
dengan kebersihan dan keindahan Sungai Melaka. Rugi rasanya jika aku melepaskan
peluang untuk menyusuri Sungai Melaka. Sempat juga aku, Izalia dan Cikgu Najah
bergambar di atas bot itu.
Di atas bot, kami didendangkan dengan lagu Dondang Sayang dan alunan irama
muzik joget lambak yang diselang-selikan dengan pantun. Aku dan Izalia juga
sempat menghafal serangkap pantun yang diperdengarkan melalui lagu itu;
Sungai Melaka indah terbukti,
Dagang jualan datang dan pergi;
Indah belaka berbudi pekerti,
Jadikan amalan tidakkan rugi.
Kami turut mendapatkan maklumat tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Aku terasa seperti berada pada zaman Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.
Cerita ini disampaikan oleh Pak Salleh, pemandu bot pelancong kepada kami.
Tanpa disedari, kami telah hampir di hujung perjalanan. Air sungai yang bersih
dan pemandangan yang cantik di sepanjang Sungai Melaka membuatkan hatiku rindu
untuk ke sana lagi.
Lafazkan pantun dalam petikan di atas dan berikan maksudnya.
1.2.1,
96 2.1.1

