Page 163 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 163

Membaca

                  Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang diberikan.



                                        Jiran Sepakat Membawa Berkat






           8


























                  Kehidupan bermasyarakat memerlukan persefahaman. Dalam hidup berjiran,
                  kita perlu mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu
                  sama lain, bak kata pepatah, yang buta dipimpin, yang sakit diziarah.
                    Sikap bertolak ansur dan saling menghormati perlu diamalkan. Keadaan
                  ini akan menggalakkan persefahaman dan keharmonian antara jiran.
                  Peribahasa ada menyebut, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
                  muafakat. Oleh itu, jadilah jiran yang prihatin agar dapat menjadi teladan
                  kepada  generasi  muda.  Kita  harus  bersatu  hati  untuk  mengekalkan  dan
                  mengukuhkan semangat kejiranan.
                    Kesimpulannya, untuk menjadi seorang jiran yang baik, kita tidak patut
                  mementingkan diri sendiri. Kita harus sentiasa bersangka baik kepada jiran,
                  kerana jiran sepakat membawa berkat.






                  1.  Nyatakan ciri-ciri  jiran yang baik berdasarkan petikan di atas.
                  2. Jelaskan cara untuk menjadi seorang jiran yang baik.


            156      2.2.3
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168