Page 172 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 172
Membaca
Baca petikan di bawah, kemudian fahami makna perkataan yang berhuruf tebal.
Faedah Menyimpan Wang di Bank
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Jaya, guru-guru serta
rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan
syarahan yang bertajuk “Faedah Menyimpan Wang di Bank”. 9
Hadirin yang dihormati,
Amalan menyimpan wang tabungan di bank banyak memberikan manfaat
kepada kita. Kebaikan menyimpan wang ialah kita akan mendapat keuntungan.
Bank merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan wang. Sebagai
contoh, bayaran elaun yang diterima oleh murid berkeperluan khas juga boleh
dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka. Wang yang disimpan dalam
bank lebih terjamin.
Hadirin sekalian,
Wang boleh disimpan di bank dalam bentuk saham atau bon. Saham yang
disimpan akan dibayar dividen. Kita boleh menyimpan dalam bentuk simpanan
tetap atau akaun simpanan semasa. Kita juga digalakkan untuk membuat
simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Melalui skim
simpanan ini, kita boleh mendapat pelbagai manfaat.
Seterusnya, amalan menyimpan wang di bank juga membolehkan kita
membantu orang lain yang memerlukannya. Hal ini secara tidak langsung
akan mengeratkan tali persaudaraan kerana
membantu mereka ketika dalam kesusahan.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, menyimpan
wang di bank memberikan banyak faedah
kepada kita, bak kata pepatah, sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit.
Sekian, terima kasih.
Nyatakan kelebihan menyimpan wang di bank.
2.1.1 165

