Page 26 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 26
A Baca kemudian fahami maklumat di bawah.
1
1. Apabila besar nanti, saya mahu membina sebuah rumah yang besar
dan cantik.
2. Saya akan mengecat rumah itu dengan warna kegemaran saya.
3. Rumah yang saya hendak miliki ialah rumah banglo.
4. Rumah tersebut mempunyai enam buah bilik tidur dan dua buah
ruang tamu.
5. Saya hendak menjadikan rumah saya sebagai sebuah rumah yang
bersih dan indah.
6. Rumah saya berhampiran dengan pasar raya.
7. Saya hendak membeli rumah di kawasan taman perumahan.
19

