Page 72 - Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)
P. 72
Baca dengan telitinya.
Pengertian Haji dan Umrah
Haji
Bahasa Mengunjungi tempat yang mulia.
Istilah Mengunjungi Baitullah al-Haram
kerana mengerjakan ibadah
tertentu pada masa tertentu
dengan syarat-syarat tertentu.
Umrah
Bahasa Ziarah.
Istilah Menziarahi Baitullah al-Haram
pada luar waktu haji untuk
IBADAH menunaikan ibadah tertentu
mengikut syarat-syarat tertentu.
Hukum
Haji dan umrah wajib ditunaikan sekali seumur hidup
bagi setiap orang Islam yang memenuhi syarat.
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan
umrah kerana Allah SWT.”
(Surah al-Baqarah 2:196)
• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 6.3.1
66 • Bincang dengan murid tentang perbezaan antara haji
dengan umrah.

