Page 109 - Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 109
Baca dan fahami.
Adab Menuntut Ilmu
6 Julai 2017 – Mengikut ayah mendengar ceramah
tentang adab menuntut ilmu:
1. Berpakaian bersih dan kemas.
2. Duduk dengan sopan.
3. Membaca doa sebelum belajar.
4. Tidak mengganggu kawan.
5. Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
6. Menumpukan perhatian.
7. Tidak berbuat bising.
Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh.
Saya berazam untuk menghafaz doa belajar.
Kelebihan Mengamalkan Adab Menuntut Ilmu
7 Julai 2017 – Berjumpa dengan Ustazah Fatimah
untuk berbincang tentang kelebihan mengamalkan
adab menuntut ilmu:
1. Mendapat pahala.
2. Mencapai kejayaan.
3. Memperoleh ilmu yang berkat.
4. Disayangi oleh guru dan disenangi oleh rakan.
AKHLAK 5. Menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan.
Saya berjanji untuk menjaga adab-adab
menuntut ilmu. Insya-Allah…
Nota Guru
• Bimbing murid memahami adab menuntut ilmu dan kelebihannya.
100
8.1.1
8.1.3

