Page 43 - Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 43

Ayat Kefahaman  Baca dan faham.







                         �ﱭ �ﱬ �ﱫ ��ﱪ �ﱩ �ﱨ �ﱧ �ﱦ
          AL-QURAN    ��ﱷ �ﱶ �ﱵ ��ﱴ �ﱳ �ﱲ �ﱱ �ﱰ �ﱯ �ﱮ






                                                                        Surah Luqman 31: 14
                       Maksudnya

                    Dan Kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya.
                    Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi
                    kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh
                    menceraikan susunya dalam tempoh dua tahun, (dengan yang demikian)
                    bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapa kamu dan (ingatlah)
                    kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


                     Inti sari ayat

                      .  1  Kita sentiasa dituntut supaya berbuat baik kepada ibu bapa.
                     2 .  Berbuat baik kepada ibu bapa  merupakan suatu ibadah.
                     3 .  Berakhlak mulia terhadap ibu bapa ialah kewajipan setiap anak.
                     4 .  Ibu telah bersusah payah menanggung rasa sakit dan letih semasa
                        mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik kita.
                     5 .  Allah SWT memerintahkan manusia supaya tidak mensyirikkan-Nya
                        malah sentiasa bersyukur kepada-Nya dan mentaati ibu bapa.















                 Info    Reda Allah SWT terletak pada
                         keredaan ibu bapa dan murka
                         Allah SWT terletak pada
                         kemurkaan ibu bapa.

                         Nota Guru

                         •  Bimbing murid membaca ayat dan terjemahannya.
                34       •  Bersoal jawab tentang inti sari ayat.
                                                                                                    3.1.1
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48