Page 50 - Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 50
2
Waalaikumussalam warahmatullah, Widad.
4
Hadis dari segi bahasa ertinya percakapan atau perkhabaran. Dari segi
istilah pula, maknanya perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang
datang daripada Nabi Muhammad SAW.
6
Ya, betul. Hadis Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan yang kedua HADIS
selepas al-Quran. Kita wajib percaya kepada al-Quran dan hadis kerana
kedua-duanya ialah sumber rujukan yang penting dalam Islam.
8
Kita perlu beramal dengan hadis kerana:
• Memudahkan kita beramal dengan hukum-hukum dalam al-Quran.
• Mentafsir ayat-ayat al-Quran dengan lebih terperinci.
• Menjadi rujukan bagi perkara yang tidak ada nas dalam al-Quran.
• Menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang umum kepada yang lebih khusus.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan mencari isi penting daripada perbualan di atas.
41
4.1.1
4.1.2
4.1.3

