Page 96 - Pendidikan_Sains,_Sosial_dan-Alam_Sekitar_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 96
Permainan Kotak Cerita
Tujuan: Berkongsi sejarah keluarga dengan
rakan-rakan.
Peralatan: Layari laman web http://
arasmega.com/qr-link/lagu-
• Kotak permainan-kotak-cerita/
untuk lagu permainan
• Kerusi kotak cerita.
• Lagu (Dicapai pada 22 Ogos 2017)
Cara permainan:
1. Semua murid duduk di kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan.
Guru memperdengarkan lagu kepada murid.
2. Semasa lagu dimainkan, murid perlu menghulurkan kotak kepada rakan
di sebelah sehingga lagu dihentikan.
3. Murid yang memegang kotak apabila lagu dihentikan, perlu bercerita
tentang peristiwa penting keluarga atau sejarah keluarganya.
Contoh tema cerita ialah:
Saya dan
keluarga berasal
dari Pahang. Minggu lepas,
saya pergi ke
zoo bersama
keluarga.
4. Setiap murid yang telah mendapat giliran bercerita akan dikeluarkan
daripada permainan.
5. Permainan akan diteruskan sehingga semua murid telah mendapat
giliran bercerita.
• Guru menerangkan cara permainan dijalankan.
86 • Guru membimbing murid melaksanakan permainan kotak cerita.
• Guru menggunakan lagu yang diimbas dalam bentuk QR Code. 7.1.3

