Page 13 - 1. Panduan Khas STMI2 2022-2023
P. 13

SEJARAH SEKOLAH









                  Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1949 dengan nama Government English School
                   Pontian,  bertempat  di  bangunan  Markas  Ibu  Pejabat  J.  V.  F.  Pontian,  kurniaan  DYMM
                   Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu. Sekolah ini dibina hasil usaha penduduk tempatan
                   yang berpengaruh seperti   llahyarham  ato’  bd.  ahman bin  usa,  llahyarham  uan

                   Hj Abu Bakar bin Hassan dan Allahyarham Tuan Hj Ismail bin Ali.
                         Pada tahun 1957, sekolah ini telah dibahagi kepada 2 jenis iaitu Government English
                   School Pontian untuk sekolah menengah, manakala Sekolah Jenis Umum Sultan Ibrahim,
                   sebagai sekolah rendah.

                         Mulai tahun 1961, Sekolah Jenis Umum Sultan Ibrahim ditukar kepada Sekolah Rendah
                   Tengku  Mahmood  Iskandar,  setelah  mendapat  perkenan  Tengku  Mahkota  Johor    (
                   Almarhum Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail ). Sekolah ini berjalan pada
                   sebelah petang. Manakala pada tahun 1961 pula, Government English School Pontian yang
                   mengandungi  Darjah-darjah  Menengah  Melayu(1958),  Sekolah  Pelajaran  Lanjutan,  dan
                   Government  Secondary  School.  Dalam  tahun  1965  Sekolah  Menengah  Aliran  Melayu
                   berpindah ke Jalan Parit Masjid, dikenali dengan nama  ekolah  ato’ Penggawa Barat.
                   Bagi aliran Inggeris pula berpindah ke bangunan sendiri, di Pontian Besar, dengan nama
                   Sekolah Sri Perhentian.

                   Pada tahun 1965 bilangan murid sekolah ini telah mencapai kepada 1432 orang.  Bilangan
                   yang agak ramai ini telah merumitkan lagi pengurusan pentadbiran.      Bersesuaian Report
                   of the  Education  Review  Committee  1960  (Penyata  Abdul  Rahman  Talib),  Kementerian
                   Pelajaran pada tahun 1966  bersetuju untuk mengatasi masalah ini. Akhirnya sekolah ini
                   telah dibahagikan kepada dua iaitu SRK. Tengku MahMood Iskandar 1 dan SRK. Tengku
                   Mahmood Iskandar 2, namun masih menggunakan bangunan yang sama pada sesi sebelah
                   pagi dan sebelah petang di mana, sesi pagi dan petang ini dibuat secara bergilir setiap
                   tahun.

                   Bagi mewujudkan sekolah rendah satu sesi sahaja, pada tahun 1994 pihak Kementerian
                   Pendidikan telah membina dua blok 4 tingkat bangunan baru bersebelahan STMI1 di atas
                   tapak tanah sekolah sedia ada bagi menempatkan murid-murid STMI2. Pada 1 Ogos 1995
                   Sek. Keb. Tengku Mahmood 2 telah menggunakan bangunannya sendiri di Jalan Abas dan
                   pada 4  pril  996 sekolah ini telah dirasmikan oleh YB.  ato’  eri  ohd  ajib bin  un Hj
                   Abdul Razak, yang merupakan Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu.







                                                                                                               13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18