Page 19 - 1. Panduan Khas STMI2 2022-2023
P. 19
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan
dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.
Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua
masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar
dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri
sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana
dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar
untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia
memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta
tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab
guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :
19

