Page 101 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 101

MARI UJI
                                MARI UJI           Pantulan Cahaya
                                 MARI UJI

                     Tujuan      Menyiasat pantulan cahaya.


                     Alat dan Bahan        2 cermin muka, 1 sudu logam, 1 penutup tin,
                                           jam tangan, tali.
                     Langkah-langkah


                    1.

                                                             Gantungkan satu cermin muka
                                                             pada dinding di tepi kelas dengan
                                                             menggunakan tali.






                    2.

                                                             Halakan sudu logam ke arah cahaya
                                                             Matahari. Laraskannya sehingga
                                                             cahaya terbentuk pada cermin muka.
                                                             Perhatikan keadaan yang berlaku.




                     3.  Ulang langkah 2 dengan menggantikan sudu logam dengan jam
                        tangan, penutup tin dan cermin muka.


                      Soalan
                    1.   Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti ini, apakah sifat cahaya
                        yang sedang kamu uji?
                    2.  Jika kertas digunakan untuk menggantikan sudu logam, apakah yang
                        dapat kamu perhatikan? Berikan alasan kamu.




                                                                         Matahari

                      Bulan bukan sumber cahaya. Bulan                          Bulan
                      kelihatan bercahaya pada waktu
                      malam kerana Bulan memantulkan
                      cahaya Matahari ke arah Bumi.

                                                                       Bumi                               95
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106