Page 12 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 12
Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah
kemahiran memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena
berdasarkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz,
isi padu dan berat mengikut urutan masa.
Apakah perubahan yang dapat kamu perhatikan apabila sebatang
aiskrim diletakkan di bawah cahaya Matahari selama 30 minit?
Selepas 15 minit Selepas 30 minit
Aiskrim sudah berubah bentuk,
saiznya juga mengecil.
Jadi, perubahan bentuk dan saiz aiskrim
dinamakan perubahan parameter.
Apakah perhubungan bentuk dan saiz aiskrim dengan masa dalam
penyiasatan di atas?
Apabila masa bertambah, bentuk Jadi, perhubungan ruang dan masa
aiskrim menjadi tidak sekata dan dalam situasi di atas adalah, apabila
saiznya semakin mengecil. masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi
tidak sekata dan saiznya mengecil.
6 1.1.7

