Page 130 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 130
Tenaga dan Sumbernya
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga dapat
diperoleh daripada pelbagai sumber. Mari kenali sumber tenaga yang
terdapat di sekeliling kita.
Air
Air yang mengalir menggerakkan
turbin di empangan untuk
menjana elektrik.
Turbin
Empangan hidroelektrik
Kayu api dan sisa tanaman
Tinja haiwan
Biojisim
Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan
atau tinja haiwan yang digunakan untuk
menghasilkan bahan api dan menjana elektrik.
Geoterma juga merupakan sumber tenaga
yang diperoleh daripada haba batuan
panas di bawah permukaan Bumi untuk
menjana elektrik.
Panel suria Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
124 7.1.1
7.1.2

