Page 139 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 139

Beberapa hari kemudian

                      Kenapa
                      motosikal
                      ini tiba-tiba
                      berhenti,
                      ayah?                                      Alamak, minyak
                                                                 dah habislah!




                                                                                     Adakah tenaga
                                                                                     kinetik yang ada
                                                                                     pada motosikal itu
                                            Mengapakah motosikal ini tidak           telah musnah?
                                            terus bergerak? Apakah yang
                                            terjadi pada tenaga kinetik yang
                                            ada pada motosikal ini?



                               Tidak, tenaga tidak boleh
                               dimusnahkan. Semasa
                               motosikal bergerak, sebahagian
                               tenaga kinetiknya turut berubah
                               kepada bentuk-bentuk tenaga
                               yang lain seperti tenaga bunyi
                               dan tenaga haba.









                    Motosikal itu tiba-tiba berhenti bergerak kerana semua tenaga kimia
                    daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-bentuk
                    tenaga yang lain.

                        Tenaga kimia        Tenaga kinetik       Tenaga haba         Tenaga bunyi
                        daripada petrol        pergerakan          daripada pergerakan motosikal
                                                motosikal
                    Berdasarkan situasi di atas, apakah yang dapat kamu rumuskan
                    tentang tenaga?

                      Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi boleh berubah bentuk.


                                                                                                         133
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144