Page 151 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 151

Sifat Bahan

                    Tahukah kamu bahan mempunyai pelbagai sifat? Manusia mereka cipta
                    sesuatu objek mengikut kegunaannya berdasarkan sifat-sifat bahan.
                    Mari kita siasat sifat bahan yang ada di sekeliling kita.



                                 MARI UJI
                                 MARI UJI          Kenali Sifat Bahan
                                 MARI UJI







                        kerajang aluminium      batang aiskrim      sudu seramik           polistirena





                            plastik jernih                   belon                     tali kulit
                                       Objek yang diuji untuk aktiviti 1 hingga 6
                    Aktiviti 1

                     Tujuan     Menentukan sifat bahan yang dapat menyerap air.

                     Alat dan Bahan       Straw, air,  jam randik, objek yang diuji.


                      Langkah-langkah
                    1.  Titiskan air dengan menggunakan straw ke atas semua objek yang
                        diuji satu per satu.

                    2.  Selepas seminit, perhatikan keadaan objek yang diuji.
                    3.  Rekodkan pemerhatian kamu ke dalam jadual seperti di bawah.

                                                      Pemerhatian ( )
                         Objek yang diuji                                               Inferens
                                                    basah           kering

                                 belon




                      Soalan
                    1.  Apakah pemerhatian kamu dalam aktiviti ini?
                    2.  Nyatakan sifat bahan yang diuji dalam aktiviti ini.
                    3.  Bagaimanakah kamu mengenal pasti sifat bahan berdasarkan aktiviti ini?

                            NOTA       •   Aktiviti 1 hingga Aktiviti 6 dijalankan secara stesen.
                8.2.1                                                                                    145
                8.2.4       GURU       •   Bahan yang menyerap air akan kelihatan basah, manakala bahan
                                          kalis air tetap kelihatan kering apabila terkena air.
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156