Page 176 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 176

Tuas

                   Siva ingin membuka tin cat dengan menggunakan pemutar skru. Tahukah
                   kamu pemutar skru yang digunakan oleh Siva berfungsi sebagai tuas?
                   Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. Tuas
                   terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.


                                                                                          tangan




                                     penutup tin

                                                                    pemutar skru






                                 Penutup tin bertindak sebagai beban, manakala hujung pemutar
                                 skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum. Tangan yang
                                 menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.

                                                                                       daya










                                                     beban


                                                                     fulkrum



                                      fulkrum                  daya                    daya

                                                                               beban
                      daya

                                                                   fulkrum
                   beban
                                                 beban
                                                                                               fulkrum

                       Menyapu sampah                 Mencabut paku                 Menyepit ais


                                       NOTA    •  Beban ialah berat sesuatu jasad.
                170      10.1.1                •  Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai
                                       GURU      pengimbang atau penyokong.
                                               •  Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181