Page 183 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 183

Mesin Ringkas Menyelesaikan Masalah

                    Teruni dan ayahnya menghadapi masalah untuk memindahkan barang
                    yang berat ke dalam lori. Perhatikan situasi di bawah.



                          Bagaimanakah ayah saya dapat
                          memindahkan barang-barang ini
                          dengan mudah?














                                              Saya cadangkan ayah kamu
                                              meletakkan sekeping papan             Wah, lebih mudah!
                                              yang disendengkan pada lori.












                      Bagaimanakah kerja memindahkan barang               Gunakan
                      ini dapat dilakukan dengan lebih cepat?
                                                                          troli.        Lagi mudahlah!














                    Masalah dalam situasi di atas dapat diselesaikan dengan menggunakan
                    dua jenis mesin ringkas, iaitu papan yang disendengkan dan troli. Papan
                    yang disendengkan ialah mesin ringkas satah condong, manakala troli
                    ialah mesin ringkas roda dan gandar. Lebih banyak mesin ringkas yang
                    digunakan, lebih mudah dan cepat kerja dapat dilakukan.


                                                                                                         177
                      10.2.2
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188