Page 38 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 38

MARI UJI          Pergerakan Dada semasa Bernafas
                               MARI UJI
                               MARI UJI
                    Tujuan     Menyiasat pergerakan dada semasa menarik dan
                               menghembus nafas.

                    Alat dan Bahan       Buku, tikar.


                    Langkah-langkah

















                   1.  Pilih pasangan yang sama                 2.  Letakkan buku di atas dada
                      jantina. Salah seorang perlu                 pasangan kamu yang berbaring,
                      berbaring secara menelentang                 kemudian minta dia menarik dan
                      di atas tikar.                               menghembus nafas.


                   3.  Perhatikan pergerakan buku dan dada, kemudian rekodkan
                      pemerhatian kamu dalam jadual seperti di bawah.
                                                      Pergerakan buku            Pergerakan dada
                                Aktiviti
                                                          (naik/turun)               (naik/turun)

                       Menarik nafas

                       Menghembus nafas



                    Soalan

                   1.  Apakah yang menyebabkan pergerakan buku berubah semasa
                      menarik dan menghembus nafas dalam aktiviti ini?
                   2.  Nyatakan rumusan kamu tentang pergerakan dada semasa menarik
                      dan menghembus nafas.





                          NOTA
                 32                Aktiviti ini sesuai dilakukan di kawasan padang sekolah.
                          GURU
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43