Page 84 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 84

Hasil Proses Fotosintesis

                   Semasa proses fotosintesis, klorofil menyerap cahaya Matahari
                   dan menukarkan air serta karbon dioksida kepada glukosa dan
                   oksigen. Glukosa yang terhasil, kemudiannya saling bergabung untuk
                   membentuk kanji yang tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan
                   seperti daun, batang, akar, biji benih, bunga dan buah.




















                    Glukosa yang tersimpan
                       dalam bentuk kanji

                   Bahan yang terhasil
                   sebagai makanan.











                            Oksigen
                            Gas yang dibebaskan
                            melalui daun ke udara.                        Berdasarkan maklumat
                                                                          di atas, apakah hasil
                                                                          proses fotosintesis?





                   Proses fotosintesis melibatkan:
                                     cahaya Matahari
                   karbon dioksida + air  klorofil  glukosa + oksigen
                                         klorofil



                                       NOTA     Glukosa ialah gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa
                 78       4.2.3                 merupakan komponen asas yang membentuk kanji dalam satu kelas
                                        GURU    makanan yang disebut sebagai karbohidrat.
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89