Page 94 - Buku Teks Sains Tahun 4 SK (KSSR Semakan)
P. 94
Pergerakan Cahaya
Tahukah kamu sebenarnya cahaya boleh bergerak? Perhatikan gambar
di bawah.
Dalam gambar di atas, cahaya kelihatan bergerak daripada
sumber cahaya. Pergerakan ini adalah dalam garis lurus.
Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di
sekeliling kita. Perhatikan contoh di bawah.
Alur cahaya
Matahari pada
celahan pokok
di kawasan
hutan.
Cahaya
daripada lampu
Cahaya daripada helikopter.
lampu kereta.
Semua contoh di atas menunjukkan bahawa cahaya bergerak lurus.
Cuba kamu lakukan penyiasatan untuk membuktikannya.
88 5.1.1
5.1.4

