Page 11 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 11

KATA ALU-ALUAN






                                       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                       dan Salam Sejahtera.


                                       Pandemik  COVID-19  telah  memberi  implikasi  terhadap
                                       pembelajaran      murid     kerana    kurikulum     tidak   dapat

                                       disampaikan  secara  bersemuka  kepada  murid  pada  semua
                                       peringkat     persekolahan      termasuk     prasekolah.      Bagi
                memastikan  murid  bersedia  menghadapi  pendidikan  pada  peringkat  sekolah

                rendah,  Program  Transisi  Tahun  Satu  2021  dibangunkan  dengan  mengambil  kira
                kandungan  kurikulum prasekolah  yang  terkesan  dan  kandungan  kurikulum Tahun

                Satu.


                Program Transisi Tahun Satu 2021 dirangka  dengan memberi penekanan terhadap
                aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi

                perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.                         xi

                Program Transisi Tahun Satu 2021 ini diorganisasikan dalam tiga fasa iaitu Fasa

                Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan ketiga-tiga fasa

                ini memerlukan usaha dan pelibatan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru
                dan ibu bapa/penjaga.


                Bagi  merealisasikan  hasrat  program  ini,  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)
                telah  menyediakan  Kit  Program  Transisi  Tahun  Satu  2021  sebagai  panduan  dan

                rujukan kepada pihak yang berkepentingan.

                KPM  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  ucapan  terima  kasih  kepada
                semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan

                kit ini.



                Dr. LATIP BIN MUHAMMAD
                Timbalan Pengarah Kanan
                Bahagian Pembangunan Kurikulum
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16