Page 54 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 54
Badan Saya Kepunyaan Saya
1. Baca buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”. Bersoal jawab dan berbincang
berkaitan cerita yang dibaca.
Sumber BPK, KPM
2. Kenal pasti anggota seksual lelaki dan perempuan - zakar, faraj, dubur, punggung
dan payu dara.
3. Bercerita tentang persamaan dan perbezaan anggota seksual antara kanak-kanak
lelaki dan perempuan berdasarkan gambar.
4. Berbincang berdasarkan soalan berikut:
i. Bolehkah kamu menunjukkan anggota seksual kepada orang lain? Mengapa?
42 ii. Bolehkah anggota seksual kamu disentuh oleh orang lain? Mengapa?
iii. Bolehkah kamu melihat dan menyentuh anggota seksual orang lain?
Guru perlu menegaskan kepada
murid bahawa:
i. terdapat anggota badan yang
boleh dilihat dan yang tidak
boleh dilihat.
ii. anggota seksual perlu ditutup
dengan pakaian dalam.
iii. anggota seksual tidak boleh
dilihat, disentuh dan ditunjuk
kepada orang lain.

