Page 72 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 72
Misteri di Taman
O B JE KT IF
Objektif subtema ini ialah:
1. mengenal pasti bahagian tumbuhan
2. mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan
3. mengenal pasti bentuk dua dimensi yang terdapat di persekitaran
4. membuat pemerhatian menggunakan deria
5. menghasilkan karya seni menggunakan bentuk dua dimensi
C ADA N GAN AKT IV IT I
Lihat dan Kenal
1. Lakukan aktiviti nature walk.
Perhatikan dan kumpulkan daun
60 daripada pelbagai tumbuhan yang
terdapat di persekitaran sekolah.
Hasilkan mobail dengan
menggunakan daun tersebut.
2. Pilih satu tumbuhan dan buat pemerhatian. Lukiskan tumbuhan tersebut dan label
bahagian tumbuhan seperti daun, batang, akar, bunga, buah dan sebagainya.
Bersoal jawab tentang ciri-ciri lain pada tumbuhan tersebut.

