Page 12 - MODUL SLAD 2022
P. 12

4.  Kenali Fungsi Yang Ada Di Dalam Streamyard

                                          i.  Layar hitam itu ialah pentas. Anda akan melihat

                                               wajah anda berada di sudut bawah sebelah kiri.
                                               Itu bermaksud, anda berada di belakang pentas.

                                         ii.  Satu perkara yang perlu anda ingat ialah, sebelum

                                               anda bersiaran secara langsung, pastikan anda

                                               berada di atas pentas terlebih dahulu.
                                         iii.  Anda letakkan anak panah di wajah anda di sudut

                                               bawah sebelah kiri dan klik ‘ADD TO STREAM’

                                        iv.  Kemudian, wajah anda akan terpapar di atas

                                               pentas.

                                         v.  Untuk keluarkan anda daripada pentas, letakkan
                                               anak panah di wajah anda di sudut bawah

                                               sebelah kiri dan klik ‘REMOVE’

                                        vi.  Untuk naikkan semula ke atas pentas, ulang
                                               langkah nombor 3.

                                        vii.  Seterusnya, mari kita mengenali fungsi-fungsi yang

                                               ada di panel sebelah kanan.

                                       viii.  Komen. Semasa bersiaran langsung, akan ada

                                               orang yang meninggalkan komen. Jika ada
                                               komen yang menarik, anda boleh naikkan

                                               dengan klik komen tersebut. Klik ‘SHOW’ Kalau

                                               mahu sorokkan komen itu, klik ‘HIDE.  Cubalah.

                                               Tengok apa yang jadi.
                                         ix.  Di bawahnya ialah ‘BANNERS’ . Ada dua jenis

                                               banner. Satu yang besar dan satu rerayap yang

                                               bergerak di bahagian bawah skrin.

                                         x.  Anda boleh cuba klik ‘CREATE A BANNER
                                         xi.  Taip sahaja apa yang anda mahu paparkan.

                                               Contohnya, Motivasi Tingkatan 5.

                                        xii.  Klik ‘ADD BANNER’ . Kemudian klik ‘SHOW’ untuk

                                               dipaparkan di pentas dan klik ‘HIDE’  untuk
                                               sorokkan.

                                        xiii.  Jika mahu buat rerayap, ulang langkah 10.


                                                            12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17