Page 20 - MODUL SLAD 2022
P. 20
AKTIVITI MODUL : SLAD DIGITAL - VIDEO PENDEK PPDa
Masa 2 JAM
Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat :
i. Membina video yang menarik dan dapat
memberikan inspirasi supaya penonton menjauhi
DARVIHPoP dan mengamalkan gaya hidup sihat serta
aktiviti kesukarelawan.
ii. Meningkatkan kesedaran akan bahaya penagihan
(DARVIHPoP) dan kepentingan amalan gaya hidup
sihat serta aktiviti kesukarelawanan
Alat / bahan Telefon bimbit/laptop/komputer & apa-apa aplikasi yang
sesuai untuk membina video seperti cap cut / InShot /
Video star dll yang sesuai
Kaedah/Medium Google Meet
i. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang
mengandungi 16 orang ahli dalam setiap kumpulan.
Langkah ii. Setiap kumpulan diberikan 1 topik/tajuk berkaitan
pelaksanaan DARVIHPoP, dan Gaya hidup sihat serta Aktiviti
Kesukarelawanan PPDa.
iii. Setiap ahli dalam kumpulan berbincang dan
membahagikan tugasan tentang pengisian yang
ingin diketengahkan dalam video berdasarkan tajuk
yang diberikan.
iv. Durasi video yang dihasilkan tidak melebihi 2 minit.
v. Video yang disediakan mestilah memaparkan unsur
positif dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
vi. Video yang dihasilkan mestilah mempunyai elemen
yang menarik dan dapat memberikan kesedaran
kepada penonton akan bahaya DARVIHPoP dan
kepentingan amalan gaya hidup sihat serta aktiviti
kesukarelawan.
vii. Muat naik video yang telah dihasilkan dalam aplikasI
youtube/ Instagram/ facebook dan kongsikan link
dalam telegram kursus dan murid lain sebagai
20

