Page 5 - MODUL SLAD 2022
P. 5
AKTIVITI TAKLIMAT PROGRAM (KETUA FASILITATOR)
Masa 1 jam 15 minit
Objektif Di akhir aktiviti ini peserta dapat:
a) Memahami dan mengetahui perjalanan kursus.
b) Mematuhi peraturan dan etika berkursus secara virtual
Alat / bahan Slide taklimat dan laptop
Kaedah/Medium Google Meet / telegram
Langkah Ucapan pengenalan Ketua Fasilitator berkaitan
pelaksanaan dengan :-
1. penerangan objektif kursus
2. Pendaftaran peserta dalam kumpulan Telegram
Channel
3. Memperkenalkan barisan fasilitator
4. Menerangkan berkaitan peraturan dan disiplin kursus dari
segi etika berpakaian.
5. Peserta dikehendaki menyediakan gambar dan video
pengenalan diri durasi di bawah 15 saat
6. Bawa buku log Skim Lencana Antidadah
7. Fasilitator dan peserta perlu memanggil peserta lain
dengan panggilan yang sopan dan mesra
8. Peserta perlu masuk awal dan bersedia di
dalam talian sekurang-kurangnya 10 minit lebih
awal daripada masa yang ditetapkan.
9. Peserta perlu sentiasa ON kamera.
10. Sila pastikan mikrofon dalam keadaan mute
semasa sesi ceramah dan taklimat.
11. Sila gunakan nama sebenar di paparan nama
masing-masing.
12. Peserta perlu sentiasa fokus semasa sesi
program dilaksanakan.
13. Peserta perlu memberikan respon secara aktif dan
beradab sekiranya penceramah fasilitator bertanya atau
beri ruang untuk memberikan pandangan atau bertanya
soalan.
5

