Page 68 - MODUL SLAD 2022
P. 68

12. PENUTUP


                          Program  Kepimpinan  SLAD  secara  virtual  ini  merupakan  satu

                       keperluan  ke  arah  memperkasa  dan  memantapkan  aktiviti  SLAD  di

                       sekolah.  Ahli-ahli  SLAD  perlu  diberi  penghargaan  dan  peluang  untuk

                       meningkatkan  pengetahuan,  kemahiran  dan  pengalaman  kendiri
                       secara terancang bagi mencapai matlamat “Sekolah Bebas Dadah”.

                       Secara  tidak  langsung,  program  ini  dapat  memupuk  rasa

                       tanggungjawab  dan  rasa  kepunyaan  secara  bersama-sama  dalam
                       usaha  secara  berterusan  menyampaikan  maklumat  pendidikan

                       pencegahan  dadah  (PPDa)  bagi  menangani  penyalahgunaan

                       dadah substan dan pelencongan sosial secara berleluasa. Diharapkan

                       juga  para  peserta  kursus  mempunyai    semangat  juang  yang  tinggi

                       serta  membentuk  pemuafakatan  sesama  rakan  sebaya  di  sekolah
                       dalam membendung dan memerangi ancaman pengaruh negatif di

                       sekolah.



                          Harapan        KPM     agar      program       ini   dapat      direalisasikan
                       pelaksanaannya  bagi  mencapai  visi  dan  misi  KPM  seterusnya

                       melahirkan murid yang cemerlang secara holistik dari aspek Jasmani,

                       Emosi,  Rohani  dan  Intelektual  (JERI)  serta  memenuhi  aspirasi  negara.

                       Semoga program virtual secara bersepadu ini akan menjadikan usaha
                       memperkasa pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah

                       lebih berkesan.


















                                                            68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73