Page 38 - RAGBI SENTUH
P. 38
RAWATAN AWAL
R.I.C.E kawasan yang cedera
Langkah R.I.C.E digunakan untuk kecederaan akut. Walaubagaimanapun, ianya boleh juga
digunakan untuk kecederaan kronik atau serius sebelum pemain dikejarkan ke kemudahan
perubatan yang terdekat.
Langkah ini terdiri daripada empat bahagian:
1. Rest (Rehat) – terus menggunakan anggota badan
yang terlibat akan menerukkan keadaan. 2. Ice (Ais) – mengenakan ais atau
bahan sejuk akan mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan kawasan tersebut menjadi
lebih bengkak. 3.
Compression (tekanan) – semasa tidak mengenakan ais, pastikan tekanan diberikan
menggunakan pembalut yang tidak terlalu ketat.
4. Elevation (Angkat) – Angkat anggota badan tersebut dari
paras jantung. Ini akan mengurangkan bengkak. Letak beberapa bantal atau selimut yang
dilipat untuk tujuan ini.

