Page 82 - SK T5 RBT
P. 82
JOM, KITA BINA TAMAN MINI EDIBEL!
Aiman, Jonis, Fang Yin dan Alia sedang berkomunikasi menggunakan
aplikasi media sosial. Mereka berbincang tentang projek membina
taman mini di kawasan kelas mereka.
Kawan-kawan, taman mini edibel bermaksud pelbagai
jenis tumbuhan yang menghasilkan makanan seperti
pokok buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam
di kawasan yang terhad.
1 MENJANAKAN IDEA
17:18 50%
4 SEKAWAN
Aiman, Fang, Joni ...
Aiman
Kawan-kawan, esok kita
akan mula membuat taman
mini edibel di kawasan kelas.
Jonis
Saya cadangkan kita
menggunakan sistem takungan
untuk menanam semua pokok
sebab kawasan kelas kita terhad.
Fang Yin
Saya bersetuju dengan
cadangan Jonis. Kita boleh
menggunakan bahan guna semula.
Betul, Fang Yin. Kita akan
menyusunnya untuk menjadi
sebuah landskap.
72 7.1.3
Minta murid menamakan bekas guna semula yang boleh dijadikan takung tanaman.
Berbincang dengan murid tentang sistem dan bentuk takung tanaman yang boleh dibina
daripada bahan kitar semula.

