Page 5 - Simple Yellow Brown Bird Illustration Book Creator Cover (6 × 9 in) (8 × 7 in) (8 × 8 in)
P. 5
Perasaan takut mereka sudah hilang kerana terdapat seorang Puteri yang
cantik dan baik muncul dihadapan mereka. Ayim dan Ayu menceritakan
masalah yang dihadapi mereka lalu Puteri tersebut menghadiahkan
sebuah keris sakti dan selempang merah kepada mereka. Walaupun
begitu, mereka harus mengharungi beberapa cabaran untuk memastikan
keris sakti dan selempang merah itu berkesan. Antaranya, Ayim dan Ayu
perlu mengharungi hutan belantara untuk mencari seorang nenek tua.
Ayim dan ayu tidak teragak-agak untuk bertemu dengan nenek tersebut.
Mereka hanya ingin mengubah nasib hidup mereka sahaja. Belum sempat
mereka berkata setuju, Puteri tersebut telah hilang dengan sekelip mata
sahaja.

