Page 4 - Cover Page Laporan Analisis Keputusan SPM 2020
P. 4
PENGIKTIRAFAN SPM DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Bagi tujuan penandaarasan dan penjaminan kualiti di peringkat antarabangsa, pakar
pentaksiran dari luar negara yang terlibat dalam peperiksaan SPM 2020 adalah dari
Cambridge Assessment International Education (CAIE), United Kingdom dan
Pearson, United Kingdom.
GRED PURATA NASIONAL (GPN)
Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam
kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian
calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Nilai GPN yang lebih kecil
menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Analisis peperiksaan SPM 2020 dalam laporan ini adalah berdasarkan calon yang mendaftar
kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya
satu mata pelajaran.
Pencapaian calon bagi tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tahun 2019. GPN tahun 2020
adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019 iaitu perbezaan sebanyak 0.06.
Trend GPN dari tahun 2016 hingga 2020 ditunjukkan dalam Rajah 1.
5.05
4.90 4.89 4.86 4.80
2016 2017 2018 2019 2020
Rajah 1: Trend GPN Tahun 2016 – 2020
Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2020 3

