Page 2 - PROSPEKTUS 2019
P. 2

PERSETIAAN PENGAKAP


                                     BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA,
                                         SAYA BERJANJI DAN BERSETIA,
                                                      YANG SAYA,
                                   DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA,
                                                          AKAN,
                                 TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA,
                                   MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA,
                                  MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.



                                         UNDANG-UNDANG PENGAKAP


                        1.  Adalah  pengakap  itu  seorang  yang  boleh  dipercayai  maruah  dan
                           kehormatan dirinya.
                        2.  Seseorang pengakap itu hendaklah sentiasa taat pada DYMM Seri Paduka
                           Baginda Yang Dipertuan Agung, Raja-Raja, pemimpin, ibu bapa, majikan
                           dan orang-orang bawahannya.
                        3.  Pengakap harus menjadikan dirinya berguna dan sanggup menolong orang
                           pada setiap masa.
                        4.  Pengakap  bersahabat  dengan  semua  pengakap  di  seluruh  dunia  tanpa
                           mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit dan
                           pangkat.
                        5.  Pengakap adalah seorang yang sempurna pekerti dan sentiasa berbudi.
                        6.  Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
                        7.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu
                           bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.
                        8.  Pengakap  adalah  seorang  yang  sentiasa  tersenyum  dan  manis  mukanya
                           walaupun pada masa kesusahan.
                        9.  Pengakap itu seorang yang berjimat cermat.
                        10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya.
   1   2   3   4   5   6   7