Page 3 - PAMERAN BERTEMA TAHUN BARU CINA
P. 3
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-
keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa
pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah
yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib
baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada
malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar
nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang
yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan
warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang
ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina
ialah makan besar. Hidangan yang terdiri daripada ikan
terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga
menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini.
Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya
berupa jongkong emas Cina. Angpau bagi ahli terdekat
dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan
pertemuan semula. Sampul merah ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu
yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

