Page 9 - PAMERAN BERTEMA TAHUN BARU CINA
P. 9
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei
‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan
penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan
pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu",
kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam
sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu
merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa
memasang lampu-lampu pada Hari Chap Goh Mei? Pada
tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti
Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya
mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15
hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan
kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu
dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu
dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat
tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas
yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan,
orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi
moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser,
kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di
merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi
oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

