Page 2 - kEBERHASILAN PBPPP
P. 2
CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN
Pendahuluan
Contoh sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu Pegawai
Penilai (PP) dan juga Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terdiri daripada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran
keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam
satu tempoh penilaian semasa. Dokumen ini perlu dibaca bersama-sama
dengan Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK).
Contoh penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran
keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak
terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh
merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh
jawatan sekiranya sesuai. Walau bagaimanapun penulisan sasaran
keberhasilan perlu mengikut garis panduan penulisan sasaran keberhasilan
seperti dalam GPPKK.
Contoh-contoh sasaran keberhasilan disediakan adalah mengikut jawatan
dan skop tugas PPP. Jawatan yang ada bagi penulisan contoh-contoh
penulisan keberhasilan adalah seperti berikut:
1. Pengetua/ Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Penolong Kanan Kokurikulum
5. Penolong Kanan Tingkatan 6
6. Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
7. Guru Akademik Biasa
8. Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
9. Guru Akademik Tingkatan 6
10. Guru Sekolah Dalam Hospital
11. Penyelia Sekolah Dalam Hospital
12. Guru Prasekolah

