Page 92 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 92

28.  NOTIS

                         28.1 Semua  surat-menyurat  atau  notis  mengenai  Perjanjian  ini  hendaklah
                              dikemukakan  secara  serahan,  tangan,  pos  Akuan  Terima  Berdaftar
                              (Acknowledge  Receipt  Registered  Post  (A.R  Registered  Post))  atau
                              faksimili  di  alamat  seperti  di  bawah  ini  dan  hendaklah  berkuatkuasa  dari
                              tarikh ia diterima oleh Pihak-Pihak:


                         (a)  Kerajaan:

                                  Alamat  Sekolah:    ....................................
                                                      ....................................

                                                           (u.p:Guru Besar)


                         (b)  Pembekal  Makanan:

                                  Alamat:      .............................................
                                               .............................................


                                  seperti yang dinyatakan dalam Jadual A


                         28.2 Sekiranya  berlaku  pertukaran  alamat  seperti  yang  dinyatakan  di
                              subklausa  28.1,  maka  Pihak  yang  berkenaan  hendaklah  memberitahu
                              dengan bertulis kepada Pihak yang lagi satu alamat barunya.



                    29.  UNDANG-UNDANG

                         29.1  Perjanjian  ini  hendaklah  mengikut  dan  dikawal    oleh    Undang-Undang
                               Malaysia


                         29.2  Kontraktor  hendaklah  menghormati  dan  mematuhi  semua  undang-undang
                               yang  terpakai  di  Malaysia  dan  menggunakan  segala  usaha  yang
                               munasabah  untuk  memastikan  termasuk  pekerja  juga  berbuat  demikian
                               dalam  pelaksanaan Perkhidmatan.


                         29.3  Kontraktor  hendaklah  mematuhi  arahan,  polisi,  perintah,  prosedur  dan
                               peraturan   Kerajaan    yang   berkaitan   pada    setiap  masa     dalam
                               melaksanakan  kewajipannya.




                                                                                                      90
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97