Page 34 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 34
6.2 Penubuhan Persatuan Ibu Bapa-Guru
Pendahuluan:
Tiap-tiap sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dikehendaki
menubuhkan Persatuan Ibu Bapa-Guru seperti yang termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996 PU:A:11898
Prosedur Penubuhan:
(a) Proses
Proses Tindakan
1. Mendapatkan maklumat berkaitan Setiausaha
Peraturan-peraturan Pendidikan PIBG Format Perlembagaan (JK Penaja)
PIBG
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 11/1989
2. Melantik beberapa orang ibu bapa dan guru yang difikirkan Pengetua /
sesuai/berkebolehan berminat sebagai Ahli Jawatankuasa Guru Besar
Penaja PIBG yang bakal dicalonkan. Jumlah ahli tidak kurang
daripada 5 daripada angka ganjil.
3. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Penaja dan turut hadir Pengetua /
sebagai Penasihat (Ahli, Ex-officio, Pemilihan Pengerusi dan Guru Besar
Setiausaha Penaja dibuat dalam mesyuarat ini.
4. Mengedarkan surat panggilan Mesyuarat Agung Penubuhan Setiausaha
kepada ibu bapa dan guru di sekolah berkenaan sekurang- Penaja
kurangnya 14 hari sebelum diadakan. (Rujuk Lampiran 2)
5. Mempengerusikan Mesyuarat Agung Penubuhan Pengerusi
membincang dan mengesahkan rancangan perlembangaan Penaja
Persatuan serta memilih jawatankuasa PIBG.
6. Mengurus permohonan mendaftarkan PIBG dengan mengisi Setiausaha
Jadual Pertama di bawah PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998.
7. Menguruskan dokumentasi penubuhan persatuan. Setiausaha
34

