Page 863 - bahan pss1
P. 863
PENGENALAN
Fail Meja merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk
setiap ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama
bagi memahami bidang tugas, prosedur-prosedur kerja, dan segala dokumen
termasuk borang-borang, peraturan-peraturan, carta aliran kerja dan sebagainya
yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang ahli jawatankuasa.
Penyediaan Fail Meja ini akan lebih memudahkan setiap ahli jawatankuasa
menjalankan tugas masing-masing. Seterusnya pengurusan dan pentadbiran
PSS akan lebih terancang dan sistematik.
KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan
menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi
bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini.
PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam
pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum.
Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.
PROFIL PUSAT SUMBER SEKOLAH
- Sejarah
- Kemudahan fizikal
- Kemudahan sumber manusia
- Bilangan pelanggan
VISI PSS
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara
MISI PSS
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
MOTTO PSS
3

