Page 39 - PANDUAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
P. 39
Sek.Keb.Seri Permaisuri
Jalan 6/106
Bandar Seri Permaisuri,Cheras,
56000 Kuala Lumpur
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No Ruj:SKSP/SHK
Tarikh : 22 Jan 2010
Dengan tangan
Muhammad Isa Bin Othman
No 134,Tingkat 1,Jalan Dayang58/8,
Seksyen 8,Bandar Mahkota Cheras
43200 Selangor.
Tuan / Puan,
KEPUTUSAN PERMOHONAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH TAHUN 2010– 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Terima kasih atas sokongan tuan/puan dan berminat menyertai Sebutharga Kantin Sekolah
ini.
3. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan tidak berjaya dipilih untuk
menguruskan perkhidmatan kantin sekolah ini. Sila mencuba lagi di masa akan datang.
4. Bersama ini dikembalikan wang pertaruhan berjumlah RM 500.00 no C 309428 Wang Pos
Malaysia.
5. Kerjasama dan sokongan tuan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………
(ABDUL AZIZ BIN MOHD SAID)
Guru Besar
Sek.Keb.Seri Permaisuri
Kuala Lumpur.
s.k. Pengarah Pelajaran
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
KPP/KU Unit Hal Ehwal Murid
Fail sekolah.

