Page 47 - PANDUAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
P. 47

sebarang  kerosakan,  Pengusaha  Kantin  bertanggungjawab  untuk    membaiki
                                 kerosakan  berkenaan atau membayar rugi kepada pihak Sekolah.


                   17  Penyelesaian Pertikaian

                      17.1       Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua – dua pihak
                                 hendaklah  dirujuk  kepada  Jawatankuasa  Penyelesaian  Pertikaian  yang  terdiri
                                 daripada-

                                 (a)       Pengarah Pelajaran Negeri sebagai pengerusi.

                                 (b)     Seorang  wakil  Kerajaan  yang  dilantik  oleh  Pengarah  Pelajaran    Negeri  dari
                                         kalangan  pegawai  –  pegawai  di  Jabatan  Pelajaran  Negeri  atau  Pejabat
                                         Pelajaran Daerah; dan

                                 (c)     Seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

                        17.2     Jawatkuasa  Penyelesaian    Pertikaian    boleh  menentukan  prosedurnya  sendiri  dan
                                 Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesaikan pertikaian
                                 itu.



                   18  Penamatan perjanjian

                       18.1  Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tiga puluh
                             (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan  Perjanjian jika –

                                 (a)     Pengusaha Kantin  melanggar mana – mana syarat  Perjanjian ; atau

                                     (b)    Perkhidmatan kantin yang diberikan tidak memuaskan.


                       18.2  Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat – syarat  perjanjian yang
                            berkaitan atau meningkatan  perkhidmatan kantin  ke suatu taraf yang memuaskan, maka
                            Kerajaan  boleh  menamatkan  Perjanjian  dengan  mengemukakan  notis  penamatan  secara
                            bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.

                       18.3  Kerajaan berhak  menuntut apa – apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin berikutan dari
                            penamatan Perjanjian ini.

                       18.4      (a)   Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, kerajaan boleh menamatkan
                                       perjanjian  ini  dengan  serta  merta  dengan  memberikan  notis  tanpa  memberi
                                       sebarang  alasan  kepada  pihak  Pengusaha  kantin    sekiranya  Kerajaan
                                       berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah patut.


                                 (b)   Sekiranya  Kerajaan  menamatkan  Perjanjian  di  bawah  klausa  ini,  kluasa  18.3
                                       akan  terpakai dan pihak  Pengusaha Kantin     berhak  untuk  menuntut  apa
                                       –  apa  bayaran    yang  kena  dibayar  dan  terhutang  pada  masa  penamatan
                                       tersebut daripada kerajaan.
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52