Page 43 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 43

Soalan 2(d) – Puisi Moden
            SET 3 -3

            Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
            menggunakan ayat anda sendiri.
                                                   KUDUP PERANG

            Sementara dia bergelar panglima                  Andai namamu Jebat, kita masih tidak
            laskar perang; yang terus-menerus                menggelarnya sebagai pengkhianat
            membajakan kezaliman – sering                    kerana kita masih menangisi
            mengudupkan putik dendam                         peta keadilan yang tersiat – nun, karam
            kita masih perlu berterima kasih                 di lautan kesumat
            kepada jari-jemari takdir                        sedang warga memanggilnya keramat.
            kerana membenarkan sepasang mata                 Perang pun melecurkan lidah muslihat
            untuk berlari dengan tangan bergari              bercabang lalu bertemu bayu palsu;
            sempat juga menadah sejambak puisi               bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
            untuk sehari lagi; sambil bertanya:              mewarnakan keindahan pada hodohnya
            siapakah pahlawan yang asli?                     menjungkitkan amarah pada damainya
                                                             teramat lara kita menjahit semula
            Memang kita tidak sempat menjenguk               perca-perca bahagia – seperti perawan
            ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus        yang dibungkamkan cinta pertama.
            ringkik kuda, gemerincing
            pedang pusaka                                    Sehingga senja tiba,
            dan darah yang tiba-tiba membuak                 kita masih bertengkar
            di daerah angkara – perciknya                    tentang siapa
            menumbuhkan kelopak rahsia                       pahlawan sebenarnya.
            dalam keliru, tertanya-tanya kita                                  Sajak’ Kudup Perang’, oleh Tuah Saujana
                                                                                       Dalam antologi Sejadah Rindu,
            tangan mana yang memenggal                                              Kementerian Pendidikan Malaysia
            leher sang pendusta?

            Andai namamu Tuah, kita masih
            tidak mahu
            menyanjungnya pendekar paling gagah
            kerana takhta setia terbina
            di istana wangsa
            bukanlah penjamin kukuhnya
            pasak saksama
            sesekali turut direntakan daki pendusta
            melekatlah selumbar sengsara
            di tiang maruah kota.

               (i)    Berikan maksud rangkai kata di daerah angkara.
                                                                                                   [2 markah]

              (ii)    Pertikaian dalam mencari pahlawan yang sebenar antara Tuah dengan Jebat tiada
                      kesudahannya.
                      Berikan alasan anda jika Jebat dianggap sebagai pahlawan yang sebenar.
                                                                                                   [3 markah]

              (iii)   Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
                                                                                                   [4 markah]




                                                                                               Muka surat | 43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48