Page 49 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 49

Soalan 2(d) – Puisi Moden
            SET 5 -3

            Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
            menggunakan ayat anda sendiri.
                                              www.sibermerdeka.com.my

            Dalam kebun diriku                                  Dalam dewan diriku
            aku tanam saujana rancangan                         aku tak cemas lagi
            untuk memerdekakan warga susahku                    oleh kata yang mengekang
            hidup menentang senja dan malam.                    aku tak lemas lagi
                                                                oleh kata yang menyerang
            Dalam parlimen diriku
            aku bahas isu onak dan enak                         Apabila sibermerdeka sampai
            untukku memerdekakan warga fikirku                  ke rumah cabaranku
            mengelak hidup dikotak-katikkan.                    aku panggil diriku bermesyuarah
                                                                Menyokong,berkecuali atau menentang
            Dalam laut diriku                                   aku ambil keputusan
            ombak gelora menampar pantai aman                   waktu itu aku kenal batas diri
            untuk menguji amal dan iman.                        untuk tidak mengulangi kekalahan.

            Dalam gergasi diriku                                Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
            terpedaya jua oleh permainan si kancil              aku turun darinya menghadapi hidup nyata
            namun sempat sedar dan beringat lagi.               peristiwa datang peristiwa pergi
                                                                bagai siang memanggil malam
            Dalam pentas diriku                                 dan sibermerdeka terus berkaca
            aku berlatih menangkis angin                        terus mengalir arus ingatan
            aku berlatih memunggah awan                         elakkan dirimu menjadi sia-sia
            menghayati skrip demi skrip                         hamparkan dirimu di persada Tuhan.
            yang tak diduga klimaksnya.
                                                               Dipetik daripada sajak ‘www.sibermerdeka.com.my’
                                                                                    Oleh Abdul Ghaffar Ibrahim
                                                                   Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
                                                                                     Dewan Bahasa dan Pustaka.

               i.       Apakah yang maksudkan oleh penyajak dengan baris yang tak diduga klimaksnya?

                                                                                                   [2 markah]


               ii.      Peribahasa“Pisang berbuah dua kali” jelas menunjukkan bahawa manusia sering

                        melakukan kesilapan yang berulang. Pada pandangan anda, mengapakah manusia sering
                        melakukan kesilapan yang berulang?

                                                                                                   [3 markah]
               iii.     Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

                                                                                                  [4 markah]







                                                                                               Muka surat | 49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54