Page 8 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 8

Rumusan 4: [30 Markah]

            Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah menjaga
            kesihatan  sepanjang  hayat  dan  punca-punca  kebanyakan  individu  tidak  sihat.  Panjangnya
            rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
                   Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu
            menginginkan  tahap  kesihatan  yang  baik  buat  diri  masing-masing.  Namun  begitu,  pelbagai  jenis
            penyakit  kini  semakin  berleluasa  malah  ada  yang  menyebabkan  kematian.  Keadaan  ini  tidak
            seharusnya dipandang remeh, sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang
            efektif untuk mengekalkan tahap kesihatan.
                   Setiap orang perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat berdasarkan piramid
            makanan. Tanpa pengambilan makanan secara sihat, mudahlah seseorang itu diserang penyakit. Hal
            ini ada kaitannya dengan tubuh badan manusia yang memerlukan nutrien dan komponennya. Untuk
            kekal  sihat,  seelok-eloknya  seseorang  itu  mengurangkan  pengambilan  makanan  yang  berlemak.
            Pengurangan makanan yang berlemak dapat mencegah penyakit berbahaya seperti obesiti, tekanan
            darah tinggi dan penyakit jantung. Perkara ini membuktikan bahawa gaya pemakanan sangat penting
            dalam  kehidupan  seseorang.  Setiap  individu  juga  sepatutnya  menikmati  pelbagai  jenis  makanan
            dengan  kadar  yang  sederhana.  Di  samping  itu,  lebihkan  makan  buah-buahan  dan  sayur-sayuran
            dalam diet harian agar tubuh badan mendapat bekalan vitamin yang secukupnya. Aspek lain yang
            tidak  wajar  diabaikan  tentang  pengambilan  makanan  apabila  berhadapan  dengan  sajian  ialah
            seseorang itu hendaklah bijak mengawal nafsu makan apatah lagi  ketika makan di luar.Tidak dapat
            dinafikan  bahawa  terdapat  sebilangan  individu  yang  berusaha  sedaya  upaya  untuk  menghabiskan
            makanan yang dihidangkan akibat kemahuan menjamah makanan sukar dikekang.
                   Amalan pemakanan yang kurang sihat turut mengundang musibah kerana perut merupakan
            ibu  segala  penyakit.  Oleh  sebab  itu,  molek  benar  sesiapa  sahaja  mengamalkan  diet  sihat  dalam
            amalan  pemakanan  agar  tidak  menderita  pelbagai  jenis  penyakit  walaupun  usia  masih  muda.
            Sehubungan  dengan  itu,  setiap  individu  perlu  mendisiplinkan  diri  tentang  amalan  mengawal
            kesihatan dengan harapan dapat menikmati hidup  yang sihat sepanjang hayat. Untuk memastikan
            seseorang itu kekal sihat, kegiatan  atau bersenam dan mematuhi nasihat pakar tidak wajar diabaikan
            supaya amalan yang dapat menjejaskan kesihatan dan kehidupan dapat dihindari. Sebenarnya, untuk
            kekal sihat bukanlah sesuatu yang sukar kerana pilihannya terletak dalam tangan kita sendiri.
                   Selain  itu,  setiap  orang  perlu  mengambil  tindakan  yang  positif  dengan  menjalani  ujian
            saringan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya setiap dua kali setahun supaya tindakan awal
            dapat  diambil  jika  mengalami  masalah  kesihatan.  Kita  harus  sedar  bahawa  kita  sendirilah  yang
            menentukan  sama  ada  kita  mahu  terus  hidup  secara  sihat  atau  tidak  mengendahkan  amalan  gaya
            hidup sihat.
                                                                                                                        (Dipetik dan diubah suai daripada
                                                              ‘Cara Pemakanan Berkhasiat, Elak Penyakit’
                                                                               Berita Harian, 2 Januari 2016)
            Soalan 2 (a) – Petikan Umum
            Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
            sendiri.
            i)     Apakah maksud rangkai kata pilihannya terletak dalam tangan kita sendiri.      [2 markah]

            ii)    Pengarang  menyatakan  beberapa  jenis  penyakit  berkaitan  dengan  pengambilan  makanan
                   berlemak.
                   Nyatakan penyakit-penyakit tersebut.                                           [3 markah]

            iii)   Kebanyakan  penyakit  berbahaya  berlaku  disebabkan  amalan  gaya  hidup  tidak  sihat  sejak
                   kecil lagi.
                        Pada  pendapat  anda,    apakah  kesan  yang  terpaksa  ditanggung  oleh  seseorang  yang  tidak
                   mengendahkan amalan gaya hidup sihat?                                          [4 markah]

                                                                                                Muka surat | 8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13