Page 7 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 7

P E N G U R U S A N   2 0 2 0




















                                        DARI MEJA PENGURUS SEKOLAH  2020


               BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
               ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

               Dalam pengurusan yang semakin mencabar untuk mencapai PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
               MALAYSIA 2013 – 2025. Pengurusan modal insan akademik dan kemenjadian murid perlu menjadi
               fokus utama warga sekolah. Oleh itu, sebagai personel yang diberi tanggungjawab semestinya akan
               berusaha  untuk  mengurus  dengan  cekap  supaya  ada  kemajuan  yang  seiring  antara  pengurusan
               Kurikulum, Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid. Pada kesempatan ini jutaan terima kasih kepada
               warga  SKTD2  atas  kesungguhan  dan  kerjasama  yang  diberikan  membolehkan  kita  sama-sama
               membina kecemerlangan.

               Justeru, sama-samalah kita mengubah paradigma pemikiran , menambah ilmu pengetahuan dan
               yang utamanya mengamalkan segala ilmu yang dipelajari dengan membuktikan melalui tindakan
               kita pada setiap masa ke arah pengurusan sekolah berkesan dan berwatak seterusnya mengangkat
               martabat kegemilangan SKTD2.

               Dokumentasi secara online sebegini merupakan salah satu langkah sekolah untuk membolehkan
               segala maklumat dan aktiviti sekolah dicapai dengan mudah oleh warga sekolah dan pengguna
               online yang lain. Ianya antara bukti bahawa komitmen yang tinggi dalam mengharungi cabaran
               pendidikan akan dihadapi bersama sejajar dengan perkembangan dalam penggunaan teknologi ICT.

               InsyaAllah  marilah  sama-sama  kita  berdoa  kepada  Allah  S.W.T  supaya  usaha,  komitmen  dan
               pengorbanan yang telah dicurahkan bagi memperkasa pendidikan akan menjadi suatu realiti.

               Akhir kata jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan dokumentasi
               ini  dan  teruskan  budaya  bekerja  secara  berpasukan  yang  menjadi  amalan  warga  Sekolah
               Kebangsaan Taman Daya 2. Semoga sekolah ini terus unggul untuk melahirkan modal insan yang
               cemerlang, gemilang dan terbilang.

               Kalsom bt Salleh
               Guru Besar SK Taman Daya 2





               7 | S K T D 2
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12