Page 80 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 80

P E N G U R U S A N   2 0 2 0








               TUGAS MAJLIS KOKURIKULUM (SETIAUSAHA KOKURIKULUM)
                  •  Membantu GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan,
                      pelaksanaan dan penilaian pelajar serta menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
                  •  Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti koakademik, unit beruniform dan
                      sukan permainan.
                  •  Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
                  •  Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
                  •  Memastikan peralatan kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan dipulangkan semula selepas
                      digunakan.
                  •  Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan
                      latihan dengan mereka.


               TUGAS MAJLIS SUKAN (SETIAUSAHA SUKAN)
                  •  Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSJ / MSSM.
                  •  Membantu GPK Kokurikulum menyelaras semua aktiviti sukan sekolah dan mengagih tugas baru
                      dalam olahraga dan permainan
                  •  Menetapkan murid dalam Rumah Sukan masing-masing.
                  •  Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
                  •  Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk
                      rujukan dan rekod.
                  •  Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Fail Rekod Pencapaian
                      Sukan Sekolah.
                  •  Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran,
                      rujukan dan rekod.
                  •  Sentiasa berbincang dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.


               TUGAS PENGERUSI UNIT & SETIAUSAHA UNIT KOKURIKULUM
                  •  Mengatur dan menyelia perjalanan koakademik, sukan permainan dan badan beruniform.
                  •  Menyediakan jadual untuk perjumpaan dan mesyuarat serta menentukan aktiviti.
                  •  Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai koakademik, sukan
                      permainan dan badan beruniform.
                  •  Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
                      ditetapkan.
                  •  Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum - mengagihkan kad kokurikulum kepada murid dan guru
                      pada setiap kali perjumpaan.
                  •  Melengkapkan borang / buku yang diperlukan untuk setiap aktiviti.
                  •  Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
                  •  Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.










               80 | S K T D 2
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85