Page 177 - buku mysg
P. 177

170






                                  JR02 | JK Pengurusan Maklumat Sekolah

                     RUJUKAN
                 i.     KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4(38) bertarikh 10 Januari 2013: Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data
                    Murid (APDM).
                ii.     Buku Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah KPM versi 1.1, 29 Januari 2015
               iii.     Buku Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah KPM versi 2.0 Pengintegrasian, 31 Disember
                    2016.
                iv.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7 Tahun 2018: Pelantikan Guru Data di Sekolah  Kerajaan dan
                    Bantuan Kerajaan  Kementerian Pendidikan Malaysia
                v.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran
                    Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

                     1.    Melaksanakan mesyuarat dan penghantaran data yang kekerapannya berpandukan
                           surat arahan semasa.

                     2.    Melaksanakan  aktiviti  pengumpulan,  pengemaskinian,  penyemakan  (verifikasi),
                           penentusahan dan penganalisisan data sekolah.
                     3.    Memastikan penyimpanan dan keselamatan data.
                     4.    Memastikan tarikh aktiviti pengurusan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang
                           telah ditetapkan.
                     5.    Memastikan data dan maklumat yang dihasilkan berkualiti, sahih dan terkini.
                     6.    Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan sekolah.

                     7.    Memaklumkan kepada PPD tentang masalah talian Internet dan penyelenggaraan
                           peralatan ICT.
                     8.    Melaksanakan tindakan sebagai pembekal utama data pendidikan.

               (A)  GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
                     1.    Mengemaskinikan data online berkaitan pengurusan sekolah yang sedang berkuat
                           kuasa seperti EMIS, HRMIS, APDM, SSDM, SKPMg2 dan lain-lain.
                     2.    Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
                     3.    Memastikan data disemak dan disahkan.

                     4.    Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi
                           turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK Pentadbiran selaku
                           Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.
                     5.    Memastikan semua data dapat dioperasikan dengan lengkap dan terkini.
                     6.    Menyimpan segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan
                           data EMIS.
                     7.    Menyelenggara  komputer  yang  digunakan  untuk  tujuan  pengurusan  maklumat

                           sekolah dengan baik.
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182